BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

The Next Steps.....

My photo
Jeiju Island, Seoul, South Korea
'Masih Berusaha Untuk Terus Hidup'

Pages

Friday, May 15, 2009

Bende yang Aku Buat Bile Aku Borink

Borink...Borink...Aku ingat hari ni nak pergi interview keje,so dapat la menghilangkan tension aku ni tapi boleh plak tengah-tengah jalan hujan turun dengan lebatnye emoticon Pictures, Images and Photos tanpa belas kasehan kat kitaorang ni yang naek motor aku ngan adeq aku pun balik la dengan hujan lebatnye dengan muke tensionnye pasal ape yang aku nak wat sume tergendala balik rumah tak tau nak buat ape aku pun layan la DVD icon Pictures, Images and Photos yang aku beli dah dekat 3hari tapi tak tengok-tengok meh baca komen n review aku sket pasal cite ni



Citer 12 ROUNDS ni memang superb sebab actions die tahap 5stars sampaikan aku terpaku depan laptop semata-mata nak tengok citer ni sampai habes.Dibintangi oleh John Cena(Detective D. Fisher) yang cuba nak selamatkan gelpren die Ashley Scotts (Molly Porter) yang dah kene culik ngan si jahat Aidan Gillen (Miles Jackson).
Miles ni setahun sebelum kes penculikan ni adalah penjahat yang diburu polis sebab die curi berlian dan die larikan diri dengan gelpren die.Fisher ni pulak yang waktu tu polis cabuk berjaya tangkap diorang ni dengan kebijaksanaan die dan kekuatan yang die ada,tapi pada masa yang sama secara tak sengaja gelpren Miles yang nak larikan diri kene plak langgar dengan kereta.Miles pulak menyalahkan Fisher yang sebabkan gerlpren die mati dan Miles plak mule berdendam.
Setahun lepas tu Miles Jackson ni berjaya larikan diri daripada tahanan polis.Aku pun tak tau la die ni penjahat jenis ape..Tapi otak die superb beb,penuh ngan muslihat-muslihat yang sampai aku terfikir die memang takkan mati kat tangan polis pasal kerja jahat die ni.Waktu ni die culik gelpren Fisher,si Molly tu dan paksa Fisher habeskan game die yang dinamakan "12Rounds"
Miles Jackson buat satu game yang paksa Fisher habeskan dalam masa-masa yang ditentukan,kalau tak perati betul-betul boleh lost dalam cite ni coz die pun ajak kita pikir same macam mana nak cari klu-klu yang si Miles ni bagi kat Fisher dan die perlu habeskan sebelum terlambat untuk selamatkan gelpren die.Sebab nak mengikut kate Miles ni ramai nyawa-nyawa orang awam yang terkorban hinggakan kawan baek Fisher ni pun mati jugak.
Banyak element action,sedih,semangat setiakawan dan yang paling penting sekali kebijaksanaan nak handle si jahat yang licik ni...Cite ni wat aku rase nebes setiap mase Setiap kali abes je action die baru nak rase lege siket jantung aku ni datang balik action die Nak tau Ending die tengokla sendiri.. Kalau aku tau cite ni best memang aku dah layan kat Cinema awal-awal..hehehehe

12 Rounds Pictures, Images and Photos



Aksi-aksi yang boleh wat jantung aku gerak laju sampai mate aku takleh nak kaleh kat tempat laen sikit pon..Masa ni pun boleh nampak kehenseman n kemachoan John Cena ni..Pergh Mantap Sekali

Selamat Hari Guru

teachers day Pictures, Images and Photos

Ingin sekali aku berdiri tegak di persadamu
Mengenal setitik budi menghirup secangkir kasih
Ingin sekali aku berdiri di anjung kasihmu
memetik sebuah keikhlasan menghampar selautan harapan

Ingin sekali aku bersamamu menyanyi lagu mesra
Bertepuk utuh pasakmu teguh
Ini anak-anak merdeka yang
perlu kau merdekakan jiwanya

Ingin sekali aku berada di takhta muliamu
Mengisi kekosongan dada anak-anak bangsa
Mendukung keagungan melempar gusar
daripada jiwa anak-anak didikmu

Ingin sekali aku berkongsi kerinduanmu
Tatkala mereka tidak bersamamu
Bangga dengan mutiara
berjabat erat bersapa mesra
Ketika kau bertemu mereka di jalanan
Disaat itu betapa bangga nya dirimu melihat
anak-anak bangsamu menjadi seorang manusia
Berkat didikanmu yang tidak pernah mengenal erti
PUTUS ASA.......
Kalau dulu ketibaan Hari Guru buat aku semangat nak pergi sekolah sebab kitaorang masing-masing akan berebut nak beri hadiah yang paling berharga untuk cekgu kita.Waktu itu apalah sangat yang mampu aku beli.Diam-diam sebelum ketibaan Hari Guru aku simpan duet poket yang mom beri untuk aku makan semata-mata nak beli hadiah untuk guru.Tapi bila ada simpanan tu aku serba salah pulak sebab duet yang ada tu hanya cukup beli hadiah untuk seorang guru sahaja.Sedangkan masa tu aku ada beberapa orang guru yang aku sayang.FINALLY aku nampak makcek kantin skewl aku tu ada jual bunga tuk Hari Guru siap dengan kad ucapan sekali.Tak buang masa aku beli beberapa kuntum bunga(bunga plastik je padahal----) menonong pegi bilik guru bagi kat cekgu-cekgu kesayangan aku.Mase tu yang malunye hari untuk bagi cekgu hadiah belum sampai lagi aku dah bagi dulu.Yang cekgu,pakat gelak ramai-ramai.Aku wat muke dang jawab "takpelah cekgu saya bagi awal,kalau bagi mase hari tu nanti cekgu tak nampak plak hadiah saya" (dem---macam la hadiah yang aku bagi tuh mahal sangat---) tu la pengalaman yang paling aku tak bley lupe pasal Hari Guru....Tapi semakin dewasa aku mula faham erti hadiah yang kita nak beri pada cekgu tu bukan hanya nak menunjuk-nunjuk tapi sebab kita menghargai jasa-jasa cekgu kita.
Buat Cekgu-Cekgu yang pernah mengajar aku,TRIME KASEH sebab mampu bersabar dengan kerenah dak Nakal,Suke Melawan,Degil and Manje ni....
SELAMAT HARI GURU

Sunday, May 10, 2009

Happy Mother's Day

Happy Mothers Day Pictures, Images and Photos


The bond that a person develops with his mother can never be severed. You grew as an organism inside her for nine months. She carried you and sustained you, sharing her sustenance with you through your umbilical cord. When you are born the cord is severed. It is never severed in her heart. That bond lasts forever. As we grow up we become our own people and may come to forget that woman who nurtured and loved us. But remember this, she will never forget you and never stop loving you.




My mother is a special part Of all that’s cherished in my heart,

She is my pearl, my soul, my mate;

She is the one to make life great.

She is an angel without the wings,

Who makes life special with the littlest things,

Whenever I’m in need of love,She is there from the heavens above;

Whenever I’m in need of a shoulder,

There’s no one as devoted as my mother.

Her presence and love have always been there,

Everything in her nature is to only care.

With every soft hug and kiss

The world seems more beautiful and blessed.

I’m sorry for all the times I caused you pain,

But after these brief storms my love still remains.

I love you so much,I will love you forever-

I wrote your name on my heart

And it will stay there forever, and ever…

I Love You Mom......

Tuesday, May 5, 2009

Jatuh Cinta....Lagi?

!love Pictures, Images and Photos Entry kali ni...wakakaka nak buat aku senak perut kalau ingatkan..
Ntah pape je rasenye...Bile ingat balik rase malu ......kelakar .....nak gelak guling-guling......nak nanges...... pon ader,saat pertama kali rasa jatuh cinta tu .......tapi pengalaman yang indah aku dapat rase biler kita tahu ader orang yang selain daripada keluarga kita sayang kan kite.... tapi kan pengalaman tu juga akan jadi satu pengalaman yang buruk


icon - love Pictures, Images and Photos
"Cinta itu akan wujud sendiri apabila tiba masanya nanti.TUHAN itu MAHA ADIL,dan kita sendiri jangan sesekali mudah putus asa. Cinta tidak selalunya indah, kehidupan yang membahagiakan sebenarnya bukan dengan cinta manusia. Tetapi cinta Yang Maha Esa, itu adalah cinta sejati dan abadi. TUHAN tidak pernah mengecewakan kita ataupun menuntut pergorbanan yang adakalanya tidak terlangkau oleh diri kita sendiri.TUHAN sentiasa bersama kita disaat susah dan senang. alaupun pelbagai kesilapan dan dosa yang kita lakukan, TUHAN tidak pernah meninggalkan kita malah masih terus membenarkan kita menjalani kehidupan seperti biasa dengan mengecapi nikmat dunia yang sekelumit ini. Cinta kepada manusia hanya sementara,jangan terlalu pasrah kepada perasaan itu. Kerana percayalah, apabila kita telah temuinya nanti,ianya tidak akan sama seperti yang kita impikan dan ianya bukan lagi tumpuan utama. Kita mungkin akan tertanya berbaloikah dengan segala penantian dan pengorbanan selama ini semata untuk mendapatkan cinta yang tidak tentu hala tujunya. Sampai bila seseorang manusia itu dapat menyintai kita tanpa melukakan dan mencalarkan hati kita? Malah lebih menyedihkan jika terus menerus hati kita diremuk dan ditumbuk lumat tanpa belas kasihan, tanpa mengingati bahawa suatu masa dahulu kita dipilih kerana tiga patah perkataan yang dianggap keramat ketika itu"

Baris kata-kata dari novel yang aku baca sepanjang pengangguran aku ni
Buat aku terpaku beberapa jenak...panjang menung aku fikirkan
Betul jugak apa yang ditulis dan kenapa mesti mengobseskan diri pada satu cinta yang memang tak akan kekal lame
Katalah sekarang seseorang berkata sayang pada kita tak mustahil dia akan berkata sayang juga pada orang lain......
Ya~!! memang dulu aku terlalu obses kejar cinta yang tak layak aku kejar sebenarnya
Kenapa mesti "die" yang aku kene kejar sedangkan "die" dah banyak lumatkan,hancurkan,blenderkan, hati aku yang dah sedia rapuh ni
Apa yang aku buat sekarang hanya berserah dan berserah semoga aku dapat berjumpa dengan seseorang yang dapat menjaga aku dan menyayangi aku ape
adenye....AMIN

Friday, May 1, 2009

Masalah-------Problem~~~Damn~!!!!!!!`

Emosi tak stabil...berada dalam keadaan blur...

Aku pun dah tak tau macam mane nk betulkan keadaan,macam mana nak jadikan semuanya teratur,yang mampu aku buat termenung termenung dan termenung.Makin hari makin kusut,makin hari makin semak kepala aku ni.Air mata aku dah tak tau berapa gelen yang jatuh.Yang pasti aku nak lari jauh dari sini,selagi emosi aku tak stabil dan aku terus dekat sini aku takut aku jadi gila,tak waras,biol dan yang pasti aku akan mereng.Phweehhh kalaulah ade seseorang yang boleh bawak aku lari dari sini dan pergi jauh memang mase ni aku tak pikir panjang dah...

WTF~!!!Ape la yang jadik dalam life aku ni.Sebab "die" hidup aku kucar kacir sampai sekarang,sebab "die" aku tak terurus, aku blur,aku dah tak dapat berfikir dengan waras dan tindakan yang aku amek sume gagal.Sebab "die" aku terkandas dan sebab "die" aku mula lupa pada Tuhan.Ya~!!Aku pasti sebab "die",kalau "die" tak hadir dalam hidup aku memang sampai sekarang aku boleh hidup aman.Dan yang pastinya aku tak akan menaruh harapan yang terlalu tinggi bila "die" tinggalkan aku...
Memang kejam apa yang "die" buat kat aku.Dah buat aku kucar kacir macam ni "die" dengan mudah tinggalkan aku teruskan sisa hidup dengan semangat yang tak berapa kerat ni.Tolonglah aku~!!Sampai sekarang aku tak habis pikirkan tentang kenangan yang kitaorang bina dan juga kehancuran yang "die" hadiahkan untuk aku....
Kusot~!!


kalaulah....kalaulah aku boleh jerit kuat-kuat dan lepaskan semua tekanan yang ade kat dada aku ni mesti aku dah buat sekarang ni...huh tak akan plak aku nak jerit kat kawasan perumahan ni..mampuih mak aku karang kene tuduh pasal bela orang gile(orang gile bley maen laptop same internet...wakakakak~!!)yang pasti aku pun dah nak gile sekarang ni..... haiyaa..macam mana ni...kekusutan dah menjadi semak dan lalang dalam kepala aku.Patut ke aku amek jalan mudah..erhhmmm mak ngan adek-adek aku macam mana plak...Damn~!!!!!

Erghhh~!!!Macam Mane Lah Aku nak lepaskan rase sesak ni...


Yang pasti saat ni aku rase nak men"GOL"kan diri aku je...Damn~!!!Shit~!!! Semak kat kepala buat aku rase nak bunoh diri...