BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

The Next Steps.....

My photo
Jeiju Island, Seoul, South Korea
'Masih Berusaha Untuk Terus Hidup'

Pages

Sunday, February 28, 2010

CINTA ABADI....(EPISOD DUA)

Assalamualaikum,
Pembuka Bicara.....
Alhamdulillah,dengan keizinan Tuhan aku ma
sih mampu untuk menatap keindahan yang diciptakan oleh-NYA...tak terkira rasa syukur aku terhadap-NYA.Bersempena itu juga aku rasa syukur sangat dengan ketibaan MAULIDUR RASUL bagi mengingati kelahiran Rasul junjungan umat kita Nabi Muhammad S.A.W.Walaupun aku tak dapat sama memeriahkannya(atas masalh kesihatan) tapi timbul juga satu keinsafan melihat paparan sirah perjuangan Rasulullah S.A.W. semasa hayatnya..(mmg aku terpaku tengok rancangan ni..tak tahu apa tajuknya).Berbalik ke tajuk asal masih mencari cinta abadi??
Dua..
Kasih Berpanjangan..
Membawa Ke SYURGA..
Kasihnya IBU...
Ibu..
Kasih seorang ibu yang tiada nilai tandingannya dengan kasih sesama manusia yang lain....

Sebenarnya aku dah lama tergerak nak tulis entry ni... tapi ada sahaja halangan yang merintangi perjalanan aku..Tiga hari duduk kat rumah aku ambil peluang tolong ibu aku mane yang patut sambil mengemas bilik aku yang dah bersawang sana sini...mulakan dari peralihan perabot dan sesi penghumbanan khazanah-khazanah purba nam taon lepas...

Alkisahnya,Sempena MAULIDUR RASUL ada satu cerita di TV3 kalau tak silap aku EHSAN tajuknya...(Ingat-ingat lupa sebab masa tuh tengok tv sambil mengemas). Drama yang berkisarkan perjalanan seorang anak yang tidak mengenang budi terhadap ibu dan bapanya dan sanggup menderhaka dan mencederakan ibunya... MASYAALLAH... aku memang tersentap habis masa tengok cerita ni.. sampaikan aku duduk bangun duduk bangun kerana tak nak terlalu konsentrate sangat (bukan ape aku takut empangan air mata aku jadi air hujan tak boleh berhenti).

Memang sepanjang perjalanan cerita yang aku tengok dengan ibu dan adik beradik aku menusuk ke dalam hati... Kisah si anak yang DERHAKA terhadap ibunya sehinggakan malu untuk mengaku ibunya dan menghalau ibunya menjadikan aku terkaku seketika dan berfikir (masih ada ke orang yang sebegini rupa??) ada!!masih ada!!malah sekarang makin berleluasa.....

Astaghfirullah memang kejam apa yang dilakukan si anak dalam cerita ini...sehingga sanggup di sepak terajang ibunya...Lastly,si ibu yang memang dah sakit dan bertambah sakit akibat makan hati dengan perangai si anak pun meninggal. Alkisah semasa hari pengkebumian si ibu, si anak tiba - tiba datang mencari ibu dan tidak dapat menerima hakikat kematian ibunya lalu menjadi gila dan menerima sumpahan sehingga menemui ajalnya dengan cara amat mengaibkan (SUBHANALLAH,memang susah si anak nak mati) sehingga ke waktu pengkebumian si anak masih tidah dapat disemadikan kerana ukuran tanah kubur tidak muat..(AISEHMEN...dah seram plak!!) rupanya si ayah masih tidak memaafkan si anak dah setelah dinasihati PAK IMAM baru si anak dapat disemadikan...

Aku yang melihat terpaku di depan televisyen,mata dah merah menandakan empangan aku nak pecah sehingga saat PAK IMAM menasihati kawan si anak yang ikut menyaksikan kejadian itu,aku baru terdetik dalam hati nasib baik aku tak buat macam yang si anak lakukan dan lukakan hati ibu aku...tapi bila PAK IMAM berkata "JANGAN KITA SANGKA YANG KITA TAK PERNAH LUKAKAN HATI IBU KITA,HATI IBU SANGAT SENSITIF,WALAU SEKECIL ZARAH PUN JIKA HATI IBU TERGURIS TIDAK AKAN BERBAU SYURGA LA SELAMA LAMANYA SELAGI KITA TIDAK MEMINTA AMPUN KEPADA IBU KITA"waktu tu juga la air mata aku turun macam waterfall niagara...aku dah tak boleh pandang ibu aku lagi terus masuk bilik menangis macam nak rak...aiseyh lama juga aku duk lam bilik tu....
'Searching internet jumpa satu sketsa ni' :-


So selagi ibu kita ada sayang lah ibu kita sebagaimana mereka menyayangi kita sejak kita belum dilahirkan lagi... Malah ibu lah satu - satunya insan yang sanggup bergadai nyawa demi anaknya... Jangan Ingat kita tak pernah lukakan hati ibu kerana walau berkata "ahh" kepada ibu kita pun kita sudah dianggap menderhaka.... Tanamkan azam,tanamkan tekad untuk meminta ampun kepada ibu kita...


Sekian Wasallam,