BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

The Next Steps.....

My photo
Jeiju Island, Seoul, South Korea
'Masih Berusaha Untuk Terus Hidup'

Pages

Friday, May 15, 2009

Selamat Hari Guru

teachers day Pictures, Images and Photos

Ingin sekali aku berdiri tegak di persadamu
Mengenal setitik budi menghirup secangkir kasih
Ingin sekali aku berdiri di anjung kasihmu
memetik sebuah keikhlasan menghampar selautan harapan

Ingin sekali aku bersamamu menyanyi lagu mesra
Bertepuk utuh pasakmu teguh
Ini anak-anak merdeka yang
perlu kau merdekakan jiwanya

Ingin sekali aku berada di takhta muliamu
Mengisi kekosongan dada anak-anak bangsa
Mendukung keagungan melempar gusar
daripada jiwa anak-anak didikmu

Ingin sekali aku berkongsi kerinduanmu
Tatkala mereka tidak bersamamu
Bangga dengan mutiara
berjabat erat bersapa mesra
Ketika kau bertemu mereka di jalanan
Disaat itu betapa bangga nya dirimu melihat
anak-anak bangsamu menjadi seorang manusia
Berkat didikanmu yang tidak pernah mengenal erti
PUTUS ASA.......
Kalau dulu ketibaan Hari Guru buat aku semangat nak pergi sekolah sebab kitaorang masing-masing akan berebut nak beri hadiah yang paling berharga untuk cekgu kita.Waktu itu apalah sangat yang mampu aku beli.Diam-diam sebelum ketibaan Hari Guru aku simpan duet poket yang mom beri untuk aku makan semata-mata nak beli hadiah untuk guru.Tapi bila ada simpanan tu aku serba salah pulak sebab duet yang ada tu hanya cukup beli hadiah untuk seorang guru sahaja.Sedangkan masa tu aku ada beberapa orang guru yang aku sayang.FINALLY aku nampak makcek kantin skewl aku tu ada jual bunga tuk Hari Guru siap dengan kad ucapan sekali.Tak buang masa aku beli beberapa kuntum bunga(bunga plastik je padahal----) menonong pegi bilik guru bagi kat cekgu-cekgu kesayangan aku.Mase tu yang malunye hari untuk bagi cekgu hadiah belum sampai lagi aku dah bagi dulu.Yang cekgu,pakat gelak ramai-ramai.Aku wat muke dang jawab "takpelah cekgu saya bagi awal,kalau bagi mase hari tu nanti cekgu tak nampak plak hadiah saya" (dem---macam la hadiah yang aku bagi tuh mahal sangat---) tu la pengalaman yang paling aku tak bley lupe pasal Hari Guru....Tapi semakin dewasa aku mula faham erti hadiah yang kita nak beri pada cekgu tu bukan hanya nak menunjuk-nunjuk tapi sebab kita menghargai jasa-jasa cekgu kita.
Buat Cekgu-Cekgu yang pernah mengajar aku,TRIME KASEH sebab mampu bersabar dengan kerenah dak Nakal,Suke Melawan,Degil and Manje ni....
SELAMAT HARI GURU

0 comments: